31 December, 2013

Adakah Produk Shaklee HALAL?

Sebenarnya isu status HALAL produk Shaklee ini seringkali dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu yang memang tidak mahu terima kebenaran walaupun bukti-bukti semua di depan mata. Jadi dalam entry kali ini saya ingin dedikasikan untuk isu HALAL atau tidak produk Shaklee ni.


Adakah produk Shaklee HALAL?

Jawapannya ada yang dijamin HALAL dan ada yang tidak. Sebenarnya produk Shaklee ni ada banyak tetapi tidak semua produk Shaklee yang dihasilkan oleh Shaklee Corporation ada dijual di Malaysia. Mana-mana produk Shaklee yang masuk Malaysia hanyalah produk-produk yang sudah mendapat Sijil Halal dari ISA. Malah untuk makluman anda bagi menjamin integriti Halal setiap produk-produk Shaklee yang disahkan Halal ini, tempat penghasilan / pembuatan produk-produk ini turut diasingkan. Maknanya produk yang Halal dan Tidak Halal tidak dibuat di tempat yang sama (pemerhatian ini dibuat sendiri oleh ahli Shaklee beragama Islam yang dijemput sendiri untuk melawat kilang Shaklee).


Apakah ISA?

ISA adalah singkatan kepada Islamic Services of America yang merupakan badan Islam di United States of America yang bertanggungjawab memeriksa dan mengeluarkan sijil HALAL bagi produk-produk yang ingin dipasarkan kepada orang Islam di US. Jadi memandangkan Shaklee ini headquarters dan kilangnya adalah di US, maka ISA lah yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil Halal. Pendek kata ISA adalah JAKIM versi Amerika. Info lanjut tentang ISA boleh lihat disini.


Adakah sijil HALAL ISA sah di Malaysia?

Untuk makluman semua, pihak JAKIM sentiasa memantau semua badan luar negara yang mengeluarkan sijil HALAL. Malah badan-badan ini harus memohon pengiktirafan JAKIM dari masa ke semasa. Maka berdasarkan pengiktirafan yang terbaru yang dibuat oleh JAKIM setakat 25 September 2012, ISA adalah antara badan Islam Luar Negara yang diiktiraf sijil HALAL nya oleh JAKIM. Disebabkan sijil Halal ini jugalah kenapa produk Shaklee tiada cop HALAL JAKIM.




Jadi saya harap isi HALAL produk-produk Shaklee ini tidak lagi dipertikaikan kerana Shaklee sudah lebih 20 tahun bertapak di Malaysia. Jika benar produk-produk Shaklee di Malaysia tidak HALAL, pastinya sudah lama Shaklee di "banned" dan tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia. Shaklee adalah syarikat pengeluar supplement terbaik di dunia. Produkya amatlah berkesan dan berkualiti tinggi. Kini semakin ramai yang jatuh cinta dengan Shaklee termasuklah diri saya sendiri. Jadilah pengguna yang bijak dan usahlah percaya kepada khabar angin tanpa usul periksa. 


No comments:

Post a Comment